Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: AMK Melaka bersedia ke kongres nasional 2008

Tuesday, November 25, 2008

AMK Melaka bersedia ke kongres nasional 2008

Sidang Media AMK Melaka

25 November 2008

Bukit Rambai- Angkatan Muda keADILan Melaka telah bersedia untuk ke Kongres Nasional Angkatan Muda yang akan diadakan pada 28 November 2008 (Jumaat) di Stadium Melawati Shah Alam bermula dari 9.00 pagi hingga 7.30 malam.

Semua bahagian AMK Melaka yang telah selesai bermesyuarat agung tahunan bahagian dan seramai 56 orang perwakilan dan lebih 600 pemerhati akan ke kongres tahunan ini.

Ini merupakan kongres pertama selepas kejayaan Parti keADILan Rakyat pada PRU-12 lalu. Kongres ini juga dilihat sebagai platform untuk anak muda aktif berpolitik. Semestinya kongres ini membincangkan hala tuju, masa depan, urus tadbir dan soal 16 September yang telah menimbulkan banyak persoalan.

Tidak dinafikan bahawa pada pilihanraya umum yang akan datang lebih 12 juta pengundi muda bakal penentu pilihanraya yang ke-13 itu. Mereka ini lah generasi Y yang terdedah kepada internet, bloggers, friendsters dan banyak lagi.

Menyedari keadaan ini kongres kali ini akan lebih banyak menumpukan soal pengundi muda di negeri yang ditadbir oleh PR dan BN. Justeru AMK Melaka juga berusaha untuk menarik minat mereka untuk bersama kita. Insyaallah banyak program yang telah dirancang untuk dilaksana pada tahun depan.

AMK Melaka juga mengambil kesempatan kepada rakyat Melaka khususnya anak muda yang ingin menyertai kongres ini sebagai pemerhati boleh berhubung terus dengan talian Hotline AMK Melaka di 016-3... dan juga S/U AMK Melaka En. Lukman 012-2724664.

Hairiz Nordin

Timblan Ketua AMK Melaka

No comments: