Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: Ramlang Porigi dianiaya

Sunday, November 16, 2008

Ramlang Porigi dianiaya


Ariff Shah menjangkakan dia boleh menang dalam Pilihanraya Kecil PErmatang Pauh dengan majoriti paling kurang 5,000. Pihak Anwar pulak yakin boleh menang tapi mungkin dengan majoriti yang kurang dari yang diperolehi olgh Wan Azizah.

Kalau ini berlaku, imej Anwar akan tercalar.Anwar mesti menang dengan majoriti yang lebih tinggi dari yang diperolehi oleh Wan Azizah. Dan satu pelan diperlukan untuk memastikan Anwar mendapat majoriti yang lebih tinggi. dan pelan tersebut telah dirancang dengan begitu teliti, seperti cerita-cerita spy yang biasa kita tonton.

Satu pusat operasi telah ditubuhkan disebuah hotel, lebih kurang setengah jam perjalanan dari Permatang Pauh. Tujuannya ialah untuk mengetahui sentimen pengundi, terutamanya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti dikawasan tersebut. Apakah isu yang paling dekat dihati mereka? Apakah isu yang bermain dikepala mereka?

Isu yang bermain dikepala mereka pada masa itu ialah..mengapa Anwar tidak mahu bersumpah menjunjung Quran bahawa dia tidak meliwat saiful Bukhari. Saiful telah melakukannya dan bersumpah bahawa Anwar meliwatnya. Mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful?

Ramai pengundi-pengundi Melayu tidak menyedari bahawa istiadat bersumpah itu bukan lah perkara yang diajar didalam Quran. (Dizaman Nabi, mana ada Quran dalam bentuk buku.) Seseorang itu tidak boleh menggnakan quran untuk kepentingan politik. Lagi pun, sekiranya Anwar berbuat begitu ditengah-tengah musim kempen, ia akan disalahtafsirkan sebagai gimik politik untuk meraih undi. Tindakan ini mungkin akan menikam diri sendiri dan Anwar mungkin akan kehilangan undi.

Anwar tidak mahu mengikut jejak langkah Saiful, sebaliknya membuktikan bahawa sumpah yang dibuat oleh Saiful adalah satu pembohongan. Dan untuk melakukan perkara tersebut, mereka memerlukan Imam yang menjadi saksi didalam upacara bersumpah tersebut.

Ramlang Porigi telah berjaya dihubungi di kuala Lumpur. Imam tersebut merasa bersalah dengan apa yang telah berlaku. Dia merupakan sebahagian daripada konspirasi tersebut walaupun dia sendiri tidak mengetahui apa yang dirancang. Dia merasa kecewa apabila mendapat tahu bahawa itu itu semua satu konspirasi dan beliau telah diperangkap…dan tidak dapat keluar dari situ. Apakah caranya bagi beliau untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Anwar?

Ramlang Porigi merasa gembira apabila beliau dihubungi. Beliau bersedia untuk menceritakan segala-galanya dan memberitahu umum bagaimana beliau telah diperangkap didalam upacara bersumpah tersebut dan kesalahan-kesalahan yang berlaku semasa upacara tersebut. dan dia bersedia menceritakan segala-galanya dikhalayak ramai.

Imam Ramlang telah dijadualkan untuk muncul dikhalayak ramai dua hari sebelum hari mengundi, masa yang paling penting dimana Umno dijangkakan berbuat apa saja untuk menang. Keluarga Ramlang telah dibawa kesatu tempat demi keselamatan mereka, dan Ramlang telah disembunyikan. Dua hari sebelum hari mengundi, Ramlang telah dibawa kePulau Pinang dengan satu konvoi kereta dan beberapa buah motorsikal besaryang bersedia untuk bertindak sekiranya terdapat sekatan jalan atau ada usaha untuk menahan Ramlang.

Konvoi tersebut sampai di Pulau Pinang pada pukul 5.00 Petang tanpa sebarang masalah. Ramlang dijadualkan muncul buat kali pertama pada pukul 7.00 petang dan bercakap didalam sebuah masjid. Dan apabila beliau membuat pendedahan, ramai dari jemaah wanita menitiskan airmata manakala jemaah lelaki pula berebut-rebut berjabat salam dengan beliau.

Keseluruhan Pelan A berjaya dilakukan.

Ramlang dijadualkan muncul dalam satu ceramah selepas itu. anwar sendiri akan berucap dalam ceramah yang dihadiri oleh lebih 30,000 orang pada malam tersebut. (Nik Aziz juga turut serta).

Dua imam, lengkap denga jubah dan serban dibawa keceramah tersebut, lengkap dengan kawalan keselamatan. Sebenarnya, mereka dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Semua hadirin berebut-rebut kehadapan untuk melihat imam-imam tersebut. Diantaranya ialah pegawai-pegawai Cawangan Khas. Masing-masing berebut-rebut untuk melihat Ramlang Porigi, sebaliknya tertanya-tanya yang mana satu? Dalam masa yang sama, Ramlang telah diseludup masuk mengikut pintu belakang, dengan hanya memakai pakaian sukan. Tiada siapa yang mengenali…sehinggalah beliau muncul diatas pentas.

Sebaik sahaja selesai, Ramlang dibawa pergi dan disembunyikan. Lewat tengahmalam, khabar-khabar angin mengatakan bahawa arahan telah dikeluarkan supaya Ramlang akan ditangkap. Phak keselamtan PKR telah membawa ramlang didalam sebuah kereta dan menyeludup beliau keluar dari Pulau Pinang. Walaupun Cawangan Khas terus mencari…namun Ramlang tidak berjaya ditemui kerana telah disembunyikan disebuah negeri jiran. Pihak Cawangan Khas juga gagal menemui keluarga Ramlang yang telah disembunyikan.

Keselamatan dipertingkatkan apabila Ramlang dijadualkan muncul sehari sebelum hari mengundi. Cawanga Khas bersunggguh-sungguh berusaha tetapi tidak dapat menembusi kawalan unit keselamatan PKR. Mereka hanya mampu melihat Ramlang berceramah…lepas satu…satu..menceritakan apa yang berlaku diMasjid Wilayah pada hari tersebut.

Anwar menang di Permatang Pauh dengan majoriti yang jauh lebih besar. Ramlang kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung tugasnya….sekiranya dibenarkan, memandangkan kemenangan Anwar tempoh hari…sebahagian besarnya adalah kerana…Ramlang Porigi.

Kerajaan tidak berani menyingkir Ramlang, tetapi mereka meletakkan beliau didalam peti sejuk. Beberapa ahri lau, apabila mereka merasakan semuanya sudah kembali kepada biasa, dan rakyat sudah lupa tentang kisah ini, mereka menghantar surat tunjuk sebab, dengan rancangan untuk menyingkir Ramlang Porigi dari jawatannya.

Ramlang telah diberikan dua minggu untuk memberi sebab mengapa beliau boleh disingkir dari jawatannya dari kerajaan. beliau telah menyebabkan Umno tewas di Permatang Pauh. Anwar menang dengan majoriti yang lebih tinggi kerana Imam ini telah bercakap benar. Bercakap benar bukan lah apa yang patut dibuat oleh seorang imam yang soleh. Imam yang soleh sepatutnya berkhidmat kepada kerajaan, bukan kepada Tuhan.

Ramlang tidak mahu meletakkan jawatan walaupun didesak berbuat begitu. Kalau mahu..singkirkan saja! Dia akan menerima apa sahaja kerana percaya Tuhan telah menetapkan segalanya untuk dia. Apa yang dilakukan hanyalah bercakap tentang kebenaran. apa yang dilakukan hanyalah memberitahu apa yang sebenarnya terjadi, tidak seperti apa yang dilaporkan oleh TV. Dia lebih takut kepada Tuhan daripada manusia, kerana itulah yang dituntut oleh agama.

Tindakan kerajaan untuk menyingkir Imam Ramlang Porigi akan menyulitkan lagi keadaan buat Umno. Sepatutya Umno perlu bermuhasabah diri..bukan meninmbulkan kemarahan rakyat. Mereka yang bercakap benar di aniaya, perasuah dan penyangak di bela. Ini lah mesej yang akan difahami oleh rakyat.

Artikel ini adalah terjemahan bebas dari artikel asal., “Only the good die young

No comments: