Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: KERAJAAN MELAKA BOROS VS KERAJAAN PERAK UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Tuesday, November 11, 2008

KERAJAAN MELAKA BOROS VS KERAJAAN PERAK UTAMAKAN KEBAJIKAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini



Kerajaan Negeri Melaka dilihat terus boros dan menjalankan projek-projek yang membazir di saat ekonomi merudum, inflasi meningkat dan rakyat semakin tertekan dengan kos hidup semakin meningkat.

Ketua Menteri dalam pembentangan Bajet 2009 untuk negeri Melaka minggu lalu mengumumkan bahawa beberapa lagi projek untuk menarik pelancong ke negeri yang sesetengahnya disifatkan membazir dan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat terbanyak.

Antara projek yang disifatkan tidak memberikan banyak faedah kepada rakyat ialah :-

Projek Eye On Malaysia yang menelan belanja RM38.5 juta;
Menara Taming Sari berharga RM25 juta;
Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta;
Litar Go-Kart terpanjang di Asis bernilai RM9.9 juta;
Kapal Selam 'Qeusant' Malaysia di bawa dari Perancis dengan kos penghantaran sebanyak
RM4 juta (tidak termasuk kos tapak dan lain-lain)
Projek Monorail dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai sepanjang 1.4 km bernilai RM16 juta.
Ramai pemerhati politik berpendapat projek-projek diatas tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri mendakwa ianya untuk menarik pelancong datang ke Melaka.Di saat kadar inflasi negeri Melaka meningkat dari 3.7 % tahun lepas kepada 4.2 % (dari Januari-Jun 2008) kerajaan negeri sewajarnya mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Selain itu kerajaan negeri juga sepatutnya mengambil kira kelembapan ekonomi Malaysia dan dunia dalam membuat keputusan untuk membina projek-projek di atas yang kurang memberi faedah kepada rakyat.

Adalah jelas bahawa kerajaan Negeri pimpinan BN tidak mementingkan kebajikan rakyat walaupun rakyat semakin terhimpit dan terbeban dengan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak-sejak ini.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri Perak yang dalam bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin baru-baru menggariskan begitu banyak program untuk kebajikan rakyat.

Antaranya program kebajikan yang dihadiahkan oleh kerajaan Perak kepada rakyat ialah :-

bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan kepada 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi;
meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit ;
bantuan RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.
RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU),
menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.
RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.
Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.
RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.
Cuba bandingkan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak dan Melaka dalam Bajet 2009 masing-masing. Kerajaan manakah yang lebih prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.
Sebagai rakyat yang Malaysia yang rasional saya yakin kita semua dapat menilai ’performance’ Kerajaan Negeri Melaka dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka membuat penilaian dan pertimbangan yang seadil-adilnya dalam usaha kita memilih pemimpin dan kerajaan pada masa akan datang. Jangan kita ditipu untuk kesekian kalinya oleh kerajaan BN yang menjadikan pembangunan sebagai gula-gula untuk menipu kita semasa musim pilihanraya.

Namun hakikat sebenarnya pembangunan yang diwar-warkan oleh kerajaan BN hanya menguntungkan segelintir kroni-kroni mereka sahaja.

Adalah jelas kerajaan BN adalah mesra kroni dan pelancong manakala kerajaan Pakatan Rakyat mesra rakyat dan sentiasa mementingkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Sumber: Mutaligat

No comments: