Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: Kehilangan mangsa, Noorhidayah Md Salleh, 15

Monday, November 10, 2008

Kehilangan mangsa, Noorhidayah Md Salleh, 15


MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar raya ini yang hilang sehari sebelum menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 13 Oktober lalu, masih gagal dikesan sehingga kini.

Kehilangan mangsa, Noorhidayah Md Salleh, 15, yang menetap di Taman Pandan Jaya, sekali gus menghampakan keluarganya yang ingin melihat anak keenam daripada lapan beradik itu mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu.

Abangnya, Mohd Najibeh, 25, berkata adiknya itu memberitahunya hendak beraya di taman berhampiran dengan kawannya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Noorhidayah boleh menghubungi Mohd Najibeh di talian 016-2329370 atau balai polis berdekatan.

No comments: