Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: Kerajaan Negeri perlu meneliti Pembangunan hartanah Melaka

Thursday, November 13, 2008

Kerajaan Negeri perlu meneliti Pembangunan hartanah Melaka



Kerajaan Negeri perlu meneliti Pembangunan hartanah Melaka

SIDANG MEDIA AMK MELAKA

13 November 2008

Bukit Baru - Angkatan Muda keADILan Melaka sekali lagi mengharapkan satu penelitian dan tindakan terhadap pembangunan hartanah di negeri Melaka ini. Memandangkan visi kerajaan negeri untuk menjad
ikan Melaka maju 2010. Langkah ini baik namun masih banyak projek yang menjadi tanda-tanya kepada rakyat negeri ini.

AMK meneliti salah satu projek yang dikatakan projek pembangunan bercampur di kawasan DUN Bukit Baru yang telah lama dirancang namun masih lagi menjadi tanda-tanya. Kami difahamkan oleh penduduk setempat bahawa projek ini telah digazetkan sejak tahun 1999 namun sehi
ngga kini hanya papan hadangan yang berdiri.

Kami mengamati secara kasar papan tanda pe
maju juga telah diturunkan malah nama projek yang tertulis pada papan penghadang juga telah luntur ditelan dek panas dan hujan. Kududukan lokasi tersebut yang berjiranan dengan pangsapuri dan Kampung Musai juga mencacatkan pemandangan persekitaran negeri warisan dunia ini.

Pada asalnya kawasan yang meliputi 7 ekar lebih ini merupakan bekas kuaters British yang dibina untuk kemudahan pegawai-pegawai mereka yang bertugas di Melaka. Selepas merdeka kawasan tersebut telah menjadi tempat kediaman orang awam dan juga kakitangan awam. Sepatutnya kawasan ini dijadikan warisan kerana bangunan British ini telah dibina lama.

Apabila kawasan ini handak dibangunkan kuaters-kuaters ini telah dirobohkan terdapat lebih kurang 15-20 biji rumah. Setelah dirobohkan sehingga kini kawasan itu tidak berubah seperti padang
bola sepak. AMK menyeru kepada Ketua Menteri yang juga merupakan ADUN kawasan ini untuk memberi penjelasan mengenai isu ini.

AMK juga berharap kawasan tersebut dapat dimanfaatkana untuk rakyat umum. Pada tiap-tiap hari Isnin disebelah tapak itu akan
ada aktiviti pasar malam, justeru AMK mencadangkan jika kawasan tersebut tiada apa-apa kegunaan mengapa tidak dibuka papan penghadang dan jadikan tapak pasar malam. Bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan rakyat malah memberi peluang peniagaan kepada rakyat.

Oleh itu kerajaan negeri harus peka dan bukan hanya ingin membuat
pembangunan tetapi memelihara persekitaran untuk kesejahteraan rakyat.

Hairiz Nordin

Timbalan Ketua AMK Melaka

No comments: