Free Domain Name Address ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK PKR) BUKIT KATIL MELAKA: Kerajaan Negeri perlu meneliti Pembangunan hartanah Melaka

Wednesday, November 12, 2008

Kerajaan Negeri perlu meneliti Pembangunan hartanah Melaka

SIDANG MEDIA AMK MELAKA

11 November 2008

Bukit Baru- Angkatan Muda keADILan Melaka menyeru agar kerajaan negeri Melaka mengambil berat dan memastikan pengusaha kecil dan sederhana di beri perhatian di negeri ini. Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Mohd Ali Rustam kerana beliau telah dapat melepasi kota pencalonan pemilihan Timbalan Presiden UMNO.

AMK melihat pada pembentangan belanjawan negeri Melaka 2009, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah beberapa bilion untuk sektor pelancongan namun para peniaga kecil dan pengusaha industri kecil dan sederhana perlu di beri perhatian memandangkan suasana ekonomi yang mencabar dan meruncing.

Adalah aneh juga kerajaan negeri membentangkan belanjawan hanya selama dua hari jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Negeri Selangor memakan masa selama seminggu. AMK juga menyeru agar kerajaan negeri mengurangkan defisit kerajaan negeri agar rakyat dapat menikmati ekonomi bersama.

Sehingga saat ini hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan hampir mencecah 1.6 bilion ringgit dan Ketua Menteri juga mengumumkan lebih banyak projek yang akan dilaksanakan. AMK mahu agar projek-projek ini diteliti sebelum diluluskan memandangkan banyak projek-projek di negeri ini yang telah siap tetapi lesu dari segi ekonomi.

Kerajaan negeri harus peka kerana ini melibatkan wang rakyat yang membayar cukai. Kerajaan negeri juga harus memikirkan untuk menarik pelabur asing yang dilihat telah mula membuka operasi di negeri lain. Bagaimana nasib pekerja yang bekerja di kilang-kilang ini yang majoritinya adalah bumiputera.

Justeru, industri kecil dan sederhana (IKS) perlu di bantu dari segi latihan dan kewangan badan-badan seperti MARA, Tekun dan bank Agro serta anak syarikat kerajaan negeri perlu lebih pro aktif didalam menjayakan isu ini. Disamping juga mengurangkan kadar pengangguran dikalangan anak muda dan mahasiswa .Teori asas ekonomi telah menyatakan bahawa pendapatan terhad tetapi permintaan (kehendak) itu tinggi. Oleh itu kerajaan negeri perlu berjimat cermat.

Hairiz Nordin

Timbalan Ketua AMK Melaka



No comments: