Monday, December 29, 2008
Bukit Katil's Car Wash Fund Raising
Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bukit Katil akan menganjurkan satu aktiviti permulaan 2009 untuk mencari dana menampung perbelanjaan keseluruhan perancangan aktiviti 2009. Cadangan adalah untuk anjurkan acara membasuh kereta dan kumpul duit untuk tabung, main target customer adalah ahli AMK & PKR melaka.
* idea bernas dari seorang ahli baru AMK Bukit Katil..maklumat lanjut menyusul...
http://sabrizin.blogspot.com
Konvensyen Rapat Muda AMK Melaka 2008
semalam 28th Disember AMK melaka telah berjaya melaksanakan satu program dengan jayanya setelah berdepan berbagai halangan yang menduga para penganjur..cabaran untuk membina dan memantapkan core yang sedia ada..semua cabaran itu dibayar dengan lumayan sekali bila melihat reaksi dan semangat yang ditunjukkan daripada para perwakilan..ucapan tahniah dan kata-kata pembakar semangat juang yang tidak terhenti menjadikan semua titik peluh memang berbaloi untuk dikeluarkan...senyuman dari semua core AMK melaka semasa minum di kedai mamak selepas konvensyen...memang menunjukkan satu kepuasan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata..hanya mereka-mereka yang melalui saat getir semasa cabaran melanda lebih tahu menilai erti kepuasan ini..
gambar-gambar sepanjang konvensyen akan menyusul kemudian.. Tahniah kepada semua penganjur dan perwakilan yang memberi sokongan penuh kepada perjuangan ini..
http://sabrizin.blogspot.com/2008/12/konvensyen-rapat-muda-amk-melaka-2008.html
KENYATAAN MEDIA AMK; Angkatan Muda Keadilan akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
22 Disember 2008
Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan bersama mengusahakan struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pandangan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan kepentingan penubuhan struktur rasmi Pemuda Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan negeri. Ini selari dengan ketetapan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan pada 28 November 2008 lalu yang mahu hubungan antara organisasi pemuda parti-parti Pakatan Rakyat diperkukuhkan.
Kerjasama dan dialog yang erat telah sedia wujud sebelum ini di antara organisasi pemuda parti-parti Barisan Alternatif. Hubungan yang sama diteruskan antara Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS (DPPP). Malah menjelang Pilihanraya Umum Kedua belas, satu dokumen bersama telah dilancarkan. Dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia itu telah menggariskan jatidiri anak muda Malaysia dan harapan perubahan yang didokong bersama.
AMK percaya struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat yang bakal dibentuk boleh memanfaatkan dokumen ini sebagai landasan bertolak untuk menggubal prinsip dan agenda bersama.
AMK sejak dari awal lagi percaya struktur yang lebih rapat akan memberikan manfaat meluas. Pendirian bersama dapat dibentuk dan tenaga dapat disatukan. Namun pada masa yang sama harus ada keterbukaan untuk menerima perbezaan pandangan organisasi-organisasi komponen.
Sebarang cadangan dan kritikan untuk manfaat Pakatan Rakyat dapat disalurkan dengan berkesan melalui struktur formal ini. Pada masa yang sama, pandangan berbeza dan kritikan terhadap pendirian organisasi rakan dapat disalurkan melalui mesyuarat bersama dan tidak melalui media massa. Ini akan memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding penggunaan media massa sebagai medium.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya dijadikan peluang untuk membina kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat. AMK menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan DPPP dan DAPSY bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.
Selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, semua organisasi pemuda Pakatan Rakyat diharap akan dapat memperincikan mengenai struktur formal yang diperlukan, termasuk mengenai perlantikan pengerusi yang seharusnya mencerminkan realiti komposisi kaum, mengambilkira jumlah kerusi Parlimen setiap parti dan pandangan Ketua Pembangkang.
Walaubagaimanapun, AMK komited untuk bersama dalam usaha bersama membentuk struktur formal organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.
Memimpin Harapan Rakyat
Shamsul Iskandar Mohd. Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Monday, December 22, 2008
Luahan Hati (( SEBAB LU KAYA!!..))
Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!
Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!..
Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!
Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???
SEBAB LU KAYA!!!
Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..
SEBAB LU KAYA!!!
Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya....ada yang lagi Maha Besar...
Siaran Media dari Pejabat Ketua Pembangkang: Usul Tubuh SPRM Masih Mempunyai Kelemahan
---Kuala Lumpur, 15 Disember 2008---
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha untuk memerangi rasuah. Walaubagaimanpun beliau menegaskan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai kelemahan ketara kerana masih terikat dengan kuasa eksekutif terutamanya Perdana Menteri.
"Pakatan Rakyat akan sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri itu dengan syarat pindaan memberikan Suruhanjaya lebih kebebasan termasuk kuasa pendakwaan," demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Datuk Seri Anwar menekankan bahawa menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3), perlantikan Ketua Suruhanjaya dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri. Peruntukan ini membuktikan Suruhanjaya yang dimaksudkan masih belum bebas sepenuhnya dan dikhuatiri ianya terdedah kepada sebarang manipulasi eksekutif.
Berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingatkan Dewan Yang Mulia akan kes-kes rasuah terdahulu, berprofail tinggi dan membabitkan orang-orang ternama. Namun apa yang dikesali ialah tiadanya tindakan tegas dari pihak yang berkuasa. Kita masih menunggu sebarang tindakan tegas diambil bagi kes-kes melibatkan wang Perwaja dan MAS.
Ketua Pembangkang juga menyarankan bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan. (tamat)
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Wednesday, December 10, 2008
Anak Datuk Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz berseronok (enjoy), celaka punya budak!
Tuesday, November 25, 2008
Mr.Minister sir, is this your son? and who's paying for all his fun?
mm...mm...mm reminds me of the nice champagne i used to drink when i was abroad.
nothing like a can of chilled Budwiser on a hot day right!
Reminds me of my honeymoon in Mauritius. Romantic indeed.
Salem mentol...makes the cool people even cooler. Not sure about beer though.
Pak Lah: PPP can quit BN
Prime Minister Abdullah Badawi today said that PPP is free to leave Barisan Nasional since the government has no intentions of amending the Internal Security Act (ISA).
"We have no plans to amend (the ISA)... if that is their choice (to leave), what can we do," he told a press conference after chairing the BN supreme council meeting at the Putra World Centre in Kuala Lumpur.
Recently, PPP president M Kayveas had urged the government to amend the security law before the next general elections, failing which, he warned that his party will pull out of the ruling coalition.
Kayveas, who was not present at today's meeting, could not be reached for comment.
In an immediate reaction, PPP Youth chief T Murugiah expressed shock over the prime minister's statement.
"I don't know what to say, I'm speechless and surprised by it," he said when contacted.
"But i don't think Pak Lah meant what he said that we can leave because he's a nice man... but sometimes, what to do," said Murugiah, who is a deputy minister in the Prime Minister's Department.
According to him, Kayveas would be the best person to comment further on the matter.
'We want to win'
In another development, Abdullah told reporters earlier that the BN supreme council did not discuss anything in detail regarding the controversial call by Umno Youth leader Mukhriz Mahathir to form a single stream education system, which will lead to the eradication of vernacular schools.
BN always adopts an open attitude on sensitive issues, said the premier in response to a question.
Quizzed on the speculations that he might not be stepping down in March, Abdullah said: "Don't raise this issue again. Nonsense, all sorts of speculations."
Apart from this, the premier said the supreme council, which met for three hours, also discussed the preparations for the Jan 17 Kuala Terengganu by-election.
Asked on BN's chances, Abdullah replied: "We want to win, we want to win."
"There must be some confidence, otherwise how can I say we want to win. The seat is ours, we have good support and we'll have to work hard."
On whether he expects a swing in votes for the opposition, he said: "Not at the moment... you don't know how the people are going to swing, voters have the habit of swinging at the last minute for us or somebody else."
Abdullah said the supreme council had also discussed the BN convention scheduled to be held in January.My Comments
It's OK! PPP is always welcomed to join Pakatan Rakyat. :)
Monday, December 8, 2008
Tok Ali 'ikat' Datuk Shah Rukh Khan
(Agenda Daily)
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dan bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan telah sepakat supaya penggambaran filem berjudul “Happy New Year” tahun depan diadakan seratus peratus di Melaka.
Bercakap kepada Agendadaily semasa makan tengahari sebaik selesai majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepada aktor itu dalam satu istiadat ringkas di Seri Negeri, hari Sabtu, Mohd Ali berkata, beliau juga akan mengemukakan cadangan kepada Shah Rukh Khan supaya judul filem itu diubahsuai kepada “New Year In Melaka”.
“Jika tidak seratus peratus pun, saya akan mencadangkan kepadanya supaya hampir keseluruhan penggambaran filem itu diadakan di Melaka. Ini sudah pasti akan meningkatkan lagi industri pelancongan negeri ini,” tambahnya.
Terdahulu, semasa sidang akhbar yang diadakan selepas menerima anugerah DMSM, Shah Rukh mengumumkan beliau akan membintangi sebuah filem yang bertujuan mengetepikan salah faham masyrakat dunia mengenai Islam.
Filem yang berjudul “My name is Khan” itu akan menjalani penggambaran di Amerika Syarikat awal tahun depan.
“Saya berharap menerusi filem ini saya dapat menjelaskan bahawa agama Islam tidak berkait dengan keganasan. Saya mahu menjelaskan konsep jihad dengan cara yang baik. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah terkemuka Bollywood, Karan Johar dan saya kemungkinan akan bergandingan dengan Kajol,” katanya.
Dalam sidang akhbar itu juga Mohd Ali berkata, Shah Rukh Khan telahpun menyuarakan kesediaannya untuk membantu kerajaan negeri Melaka memajukan industri perfileman di negeri itu.
“Kami telahpun menyediakan sebuah studio animasi di Rumah Media Melaka dan akan menambah beberapa kemudahan teknikal, antaranya membina sebuah studio penggambaran.
“Shah Rukh Khan telah bersetuju membantu di segi memberi khidmat nasihat dan rundingan. Kami akan menghantar lima orang pegawai teknikal ke India untuk dilatih di sana,” tambah Mohd Ali.
Sebelum sidang akhbar berakhir, Shah Rukh Khan berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka dan juga rakyat Malaysia kerana menghargai sumbangannya dalam industri seni. “Anugerah yang saya terima ini bukan sahaja untuk saya, tetapi juga rakyat India,” katanya. – 6/12/2008
Tuesday, December 2, 2008
UMNO tidak perlu jumud jika ada pemimpin sertai Pakatan Rakyat
UMNO tidak perlu jumud.
2 Disember 2008
Bukit Baru- Angkatan Muda keADILan (AMK) Melaka melihat penyertaan beberapa bekas menteri dan pemimpin BN khususnya UMNO yang hadir ke Kongres Parti keADILan Rakyat baru-baru ini merupakan satu perkara yang positif didalam merealisasikan Harapan Baru untuk Malaysia.
AMK Melaka mengalu-alukan kehadiran Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Yong Teck Lee dan mana-mana pemimpin yang merasakan perlu ada perubahan kepada negara ini. PKR sentiasa terbuka mengenai hal ini dan kita tidak mahu jumud seperti UMNO dimana tiada ruang langsung untuk berbincang.
Kami juga mengalu-alukan jika ada pemimpin UMNO di Melaka yang ingin menyertai PKR supaya segera membuat keputusan sebelum pilihan raya yang akan datang. Kami sedia berbincang mengenai ini.
Dan yang terbaru mengenai ugutan People Progersif Party(PPP) yang tidak setuju dengan ISA dan akan keluar daripada BN. Kami menyambut baik pendirian itu kerana rakyat mahu akta zalim ini dihapuskan.
Rakyat khususnya anak muda juga sudah bosan dengan hala tuju BN ini. Sudah tiba masanya sebuah Harapan Baru untuk Malaysia diperjuangkan. Dan kami yakin bahawa lebih ramai lagi pemimpin UMNO dan BN akan menyertai PKR.
Justeru AMK Melaka menyarankan jika prinsip keadilan sosial yang diperjuangkan PKR ini diterima pakai oleh mereka seharusnya mereka segera meninggalkan BN yang dilihat tidak mampu memacu kembali ekonomi negara ini demi kepentingan rakyat.